Rabu, 08 Desember 2010

Kecerdasan Emosi II

Kecerdasan Emosi II

Emosi adalah suatu perasaan yang amat mendalam.
Pengenalan

Apakah sebenarnya kecerdasan emosi?

Kecerdasan emosi adalah suatu himpunan kemampuan mental yang membantu
kita mengenal pasti dan memahami perasaan kita dan perasaan orang lain. Kecerdasan
emosi dapat meningkatkan kemampuan kita mengawal perasaan kita (Meyers, 1999).
Ada dua bahagian dalam kecerdasan emosi. Bahagian pertama melibatkan emosi
pemahaman intelek. Bahagian kedua melibatkan emosi yang menjangkau ke dalam
sistem intelektual dan menyebabkan terhasilnya pemikiran dan ide kreatif. Bahagian
kedua ini amat sukar ditentukan dalam makmal tetapi dipercayai wujud.
Dapatkah kecerdasan emosi dipelajari?
Sekiranya kecerdasan emosi itu sama seperti kemahiran yang lain maka ianya
terbentuk sebahagiannya oleh genetik dan sebahagian lagi oleh persekitaran. Apa yang
perlu diajarkan ialah apakah maksud ataupun maknanya perasaan yang pelbagai itu dan
bagaimana ia ada kaitannya dengan diri kita dan orang lain.
Permulaannya
Sebelum munculnya konsep kecerdasan emosi (bermula sejak 1990) kecerdasan
lazimya dikaitkan dengan suatu kemampuan yang semula jadi, yang dilahirkan bersama
seseorang itu – yang lebih dikenali sebagai IQ (Intelligent Quotient). Dalam IQ apa
yang diukur adalah kemampuan seseorang menyelesaikan masalah menurut kaedah
pentaakulan (reasoning).
Pada tahun 1990 Dr. John D. Mayer dan Dr. Peter Salovey telah menulis satu
artikel mengenai kecerdasan emosi di mana mereka telah secara formal mendefinisikan
kecerdasan emosi, dan buat pertama kalinya menunjukkan bahawa kemampuan
melaksanakan sesuatu tugas dapat digunakan untuk mengukur kecerdeasan emosi.
Berikutan dengan itu, pada tahun 1995 Dr. Daniel Goleman pula telah menulis
sebuah buku berjudul Emotional Intelligence, dan ini telah menarik perhatian banyak
orang sehingga menjadi popular dan dikaji oleh beberapa orang lain.
MOZAIMI MOHAMAD Page 2/7 Ukuran Emosi dan Kecerdasan Emosi
Kecerdasan Emosi
Beberapa artikel, buku dan program televisyen telah turut mempopularkan
perkara ini – yang dianggap “sesuatu yang baru mucul dalam kehidupan manusia.”
Majalah Time pula menyatakan bahawa kecerdasan emosi ini “mungkin menjadi
peramal terbaik mengenai kejayaan pencapaian kehidupan seseorang.”
Menurut buku Emotional Inelligence yang ditulis oleh Goleman itu, terdapat
bukti kecerdasan emosi amat bekuasa bahkan lebih berkuasa daripada IQ dalam
sebarang domain kehidupan manusia. Dengan ertikata lain kecerdasan emosi lebih
mampu mencorakkan kehidupan manusia daripada kecerdasan azali (sedia ada).
Dari sudut saintifiknya pula, Mayer J.D. (1997), dalam bukunya Emotional
Development and Emotional Intelligence, telah mendefinisikan kecerdasan emosi
(emotional intelligence) sebagai keupayaan untuk mentaakul dengan emosi dalam
empat perkara: mempersepsi emosi, menyepadukan emosi dalam pemikiran,
memahami emosi dan menguruskan emosi.
(Mayer J. D., (1997), in his book Emotional Development and
Emotional Intelligence, defined emotional intelligence (EI) as
the capacity to reason with emotion in four areas: to perceive
emotion, to integrate it in thought, to understand it and to
manage it.)
Bersama-sama dengan Dr. Salovey dan Dr. David Caruso, Dr. Mayer telah
membina satu himpunan (set) 12 tugasan kemampuan yang digunakan untuk menilai
empat model kecerdasan emosi. Di antaranya termasuklah menanyakan kepada orang
untuk mengenal pasti emosi pada air muka (emotions in faces), dan mengenal pasti
himpunan emosi mudah yang apabila digabungkan akan menyamai perasaan yang lebih
kompleks. Dengan cara ini kecerdasan emosi dapat diukur secara sah, wujud sebagai
satu kemampuan tunggal, dan berkait dengan, tetapi bebas daripada, kecerdasan yang
standard.
Pada hari ini apa yang dimaksudkan dengan kecerdasan emosi telah diperluaskan
lagi dan didefinisikan oleh penulis popular dengan beberapa cara – biasanya sebagai
suatu senarai ciri-ciri personaliti, seperti “kemahiran empathi, motivasi, persistence,
MOZAIMI MOHAMAD Page 3/7 Ukuran Emosi dan Kecerdasan Emosi
Kecerdasan Emosi
kemesraan dan sosial.” Dr. Salovey, Dr. Caruso dan Dr. Mayer mendefinisikannya
sebagai “model bercapur-campur” (mixed model) kerana ia menghimpunkan pelbagai
bahagian personaliti.
Model popular kecerdasan emosi mempercayai bahawa kita dapat meramalkan
hasil kehidupan utama dengan menggunakan senarai angkubah yang pelbagai (diverse
list of variables).
Sungguhpun terdapat perselisihan pendapat di antara kepercayaan popular dengan
kepercayaan saintifik masih ada persetujuan di antara kedua pihak iaitu, meluaskan lagi
pemahaman kita terhadap apa yang dimaksudkan sebagai bijak atau bestari (smart).
Dr. Cary Cherniss (2001) pula mendefinisikan kecerdasan emosi sebagai
kemampuan melihat (perceive), melahirkan (express), dan menguruskan (managed)
emosi diri sendiri dan emosi orang lain. Dia telah memberi contoh bagaimana Martin
Luther King mampu menggembelengkan aktivis dan pemimpin masyarakat membantu
menghasilkan perubahan sosial dan masyarakat yang lebih sihat melalui kecerdasan
emosi.
1. Hubungan di antara pengawalan emosi dengan kejayaan kerjaya.
Sekiranya kita lihat diri kita sendiri dan mengaitkannya dengan kejaya kita dan
organisasi tempat kita bekerja maka kita akan dapati peranan emosi kita amat besar.
Kejayaan kita dan organisasi kita bergantung kepada kecekapan emosi dan sosial
(emotional and social competencies) kita yang melaksanakan tugas yang
diperanggungjawabkan kepada kita. Sejauh manakah kita mampu mempengaruhi
orang lain dengan kesungguhan kita melaksanakan sesuatu tugas? Sejauh mana kita
dapat menguruskan reaksi emosi kita sendiri terhadap frustrasi ataupun kekecewaan
yang sukar dielakkan dan kegagalan yang berlaku. Semua ini bergantung kepada
kemampuan kita menanganinya dengan kecerdasan emsoi.
Bagaimana Emosi Terbentuk?
Penulisan mengenai kecedasan emosi tidak ada membincangkan bagaimana
emosi terbentuk. Walau bagaimanapun, menurut kajian psikologi emsoi terbentuk
menurut perspektif keturunan ras, budaya setempat (termasuklah kepercayaan
MOZAIMI MOHAMAD Page 4/7 Ukuran Emosi dan Kecerdasan Emosi
Kecerdasan Emosi
keagamaan), dan budaya sejagat menurut amalan didikan yang dipengaruhi oleh bidang
fenominologi (phenemenological fields) seseorang.
Manusia bertingkah laku berasaskan kepada pengalaman hasil daripada jalinan
pemikiran, perasaan dan tindakan. Lazimnya, apa yang difikirkan turut mempengaruhi
perasaan dan tingkah laku. Sekiranya kita memikirkan sesuatu tugas itu susah maka
perasaan kita juga turut terpengaruh – bagaimana penerimaan perasaan kita akan
menentukan tindakan yang akan kita ambil. Sekiranya perasaan kita menerimanya
sebagai suatu cabaran maka kita akan berusaha untuk mencari cara mengatasi kesulitan
itu. Tetapi, sekiranya perasaan kita menerima kesulitan itu sebagai suatu tugas yang
berat dan yang tidak mampu dilaksanakan maka kita akan menarik diri (mengelakkan)
daripada melakukannya.
Dalam hal ini pengalaman kita turut memainkan peranan utama. Sekiranya kita
berjaya melakukan sesuatu maka pengalaman itu bersifat positif dan emosi kita
terhadapnya menjadi stabil. Pengalaman yang menecewakan pula akan turut
menimbulkan emosi ragu-ragu untuk melakukan sesuatu – bimbang akan gagal.
Kebimbangan dan takut akan gagl itu adalah suatu emosi yang boleh menghasilkan
tekanan.
Emosi dikawal oleh pemikiran dan perasaan. Pemikiran positif lazimnya
menghasilkan perasaan positif, dan sebaliknya, pemikiran yang negatif lazimnya
menghasilkan perasaan negatif. Pemikiran positif dan perasaan positif lazimnya tidak
menghasilkan tekanan dan sebailknya menghasilkan kestabilan emosi. Yang
mempengaruhi emosi lazimnya disebabkan oleh perasaan negatif yang mengahasilkan
tekanan. Apabila tertekan emosi akan meningkat.
Dengan penjelasan ini maka jelaslah emosi itu boleh berbentuk stabil dan tidak
ada ketegangan (tension) dan tekanan (stress), dan boleh berbentuk tidak stabil dan
menghasilkan ketegangan dan tekanan—kerungsingan, kebimbangan dan kegelisahan.
Apabila emosi tidak stabil maka tingkah laku seseorang itu juga turut tidak stabil.
MOZAIMI MOHAMAD Page 5/7 Ukuran Emosi dan Kecerdasan Emosi
Kecerdasan Emosi
Mempersepsi Emosi
Cara kita mempersepsi emosi akan menentukan tahap interaksi kita dengan orang
lain. Emosi dapat dikesan dengan dua cara utama, iaitu, (i) melalui bahasa lisan, dan (ii)
melalui bahasa bukan lisan.
Bahasa lisan termasuklah kata-kata yang digunakan, nada suara, dan metaphor
(peribahasa). Umpamanya, “Bunuh jangan lepaskan dia” membawa makna yang
berbeza apabila diungkapkan dengan gaya yang berbeza. Nada suara juga boleh
ditafsirkan oleh klien menurut persepsinya. Oleh yang demikikan maka anda hendaklah
berhati-hati memilih kata-kata dan menggunakan nada suara yang memperlihatkan
anda memiliki emosi yang stabil dan dapat diterima baik oleh klien. Demikian juga
sekiranya anda menggunakan metaphor — pilih dengan cermat sebelum
menggunakannya kerana ada kalanya metaphor boleh disalahertikan oleh klien anda.
Misalnya, apabila anda menggunakan peribahasa “menyediakan payung sebelum
hujan”. Peribahasa ini boleh digunakan tetapi penggunaannya hendaklah dengan cermat
dan dengan nada suara yang lembut kerana klien boleh menerimanya sebagai suatu
cemuhan seolah-olah dia tidak membuat sebarang persediaan untuk masa akan
datangnya. Jadi, eloklah beralas bila menggunakannya, dan cara menyampaikannya
juga hendaklah kena gaya dan masanya.
Bahasa bukan lisan ataupun bahasa jasmaniah (body language) juga perlu diberi
perhatian. Klien kita melihat diri kita dari perspektif keseluruhan tubuh badan kita.
Mimik muka kita, mata kita, gerak laku tangan kita, cara kita memandang dirinya, cara
senyuman kita dan bahkan cara kita berjalan turut diperhatikan oleh klien kita.
Pandangan pertama itu amat penting dan perlu diberi perhatian sepenuhnya. Di
samping memakai pakaian yang kemas, bersih dan bergaya klien turut memerhatikan
bahasa jasmaniah anda. Anak mata kita juga dapat dibaca dan ditafsir oleh klien, dan
itulah sebabnya ada orang yang mengatakan “sekilas ikan diair, tahu jantan betinanya”.
Ertinya apa yang dipamerkan di lura akan turut mencerminkan yang didalam diri kita.
Anda harus ingat, bukan mudah orang yang pertama kali kita temui mempercayai diri
anda.
MOZAIMI MOHAMAD Page 6/7 Ukuran Emosi dan Kecerdasan Emosi
Kecerdasan Emosi
Oleh yang demikian anda wajar mempamerkan bahasa lisan dan bahasa
jasmaniah yang wajar dan dapat diterima oleh klien sebagai usaha untuk mendapatkan
penerimaan dan respon yang terbaik lagi positif daripada klien. Ini dapat dicapai
sekiranya anda mampu membina emsoi yang stabil. Emosi yang stabil dapat
ditunjukkan melalui kata-kata dan nada suara—bahasa menunjukkan bangsa dan
bahasa jasmaniah.
Selainitu kita juga hendaklah mampu mempersepsi emosi orang lain – mereka
yang berinteraksi dengan kita, iaitu, klien kita. Klien juga dapat dicerap melalui bahasa
lisan dan bahasa jasmaniah mereka — sama juga dengan yang telah dihuraikan di atas.
Beri perhatian sepenuhnya. Fahami klien anda menurut perspektif dirinya.
Menyepadukan Emosi Dalam Pemikiran
Setelah mengenal pasti dan menginsafi emosi kita sendiri maka kita hendaklah
menyepadukan persepi itu bagi diri kita sendiri, dan seterusnya menyepadukan dengan
persepsi emsoi mereka yang berinteraksi dengan kita.
Memahami Emosi
Apabila kita mampu memahami emosi kita sendiri yang telah disepadukan dan
emosi orang lain maka akan terhasillah komunikasi (interaksi) yang bermakna dan
mesra dengan orang lain.
Dengan menguasai emosi yang stabil maka kita dapat menjalin hubungan yang
berempathi.
Berempathi bererti kita dapat merasakan apa yang dirasakan oleh mereka yang
berinteraksi dengan kita.
Perhubungan yang berempathi dapat menarik perhatian mereka yang berinteraksi
dengan kita.
Menguruskan Emosi.
Memantapkan kestabilan emosi (Enhancing emotional stability)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar